01 June 2011
At I-City, Shah Alam
31 May 2011
Percutian Keluarga
03 August 2010
Rehat Minda di Serai D'Lanjut, Rompin.
Hari Ahad, ada Sukan Tahunan 2010, nak upload gambar sukan malas sgt. Broadband lembab kit. Cuma nak bercerita tentang sesi Rehat Minda di Rompin ja. Hari Isnin kitaorang Cuti Peristiwa sempena sukan, kebetulan murid Tahun 6 ada aktiviti Rehat Minda selepas Trial UPSR, so apalagi kitaorang join sekali.
Banyak aktiviti yg dibuat bersama murid Tahun 6, mencari barang yg hilang dan Explorace Kids. Tapi yg paling best aktiviti mandi kolam la. Sampaikan si Wafiq yg x pernah mandi kolam pun bukan main suka mandi kolam. Sampai 2 kali turun mandi kolam. Penat umi dgn abah dia.
01 June 2010
Selamat Hari Bapa - 20 Jun 2010
Tak lama lagi, kita akan sambut Father's Day. Post ni istimewa untuk orang yang paling disayangi selain My Family.
01 May 2010
Selamat Hari Ibu...
Balik rumah pun kadang-kadang tak sempat sangat nak main dengan Wafiq, kadang-kadang dia tido, kalau dia tak tido ja dapat main dengan dia. Sian dia, lambatnya cuti sekolah. Boleh pi bercuti dengan Wafiq, dia pun dah pandai tengok orang, dah pandai senyum bila orang agah, dah pandai tengok tv, asmaul husna tu paling dia suka dengar. kalau tgh nangis pun, dgr asmaul husna terus senyap.
p/s : Abang jangan lupa Hadiah Hari Ibu ek... tak bagi hadiah, dapat pi bercuti kat mana-mana pun tak pa. hehe...
04 April 2010
Guru jadi mangsa kerenah Pentadbiran???
Pasti ramai tertanya-tanya kenapa semakin banyak masalah berkaitan guru timbul sejak kebelakangan ini. Masalah berbangkit ini sebenarnya isu lama yang tidak diselesaikan sejak dulu, sebaliknya ia 'dibiarkan tergantung' supaya isu itu akan lenyap mengikut masa.
... masalah di sekolah, bukan setakat kurang kemudahan atau bangunan rosak, sebaliknya beban kerja warga pendidik yang terpaksa melakukan kerja berlebihan termasuk pentadbiran dan perkeranian hingga mengganggu tanggungjawab mendidik.
... Guru menanggung beban kerja berganda akibat wujudnya 'arahan dalam arahan' apabila mereka terpaksa melakukan tugasan dalam skop sama berulang kali atas arahan pihak atasan pada peringkat berbeza.
... Selain mematuhi pekeliling, ketelusan perlu ada dalam isu tertentu, khususnya membabitkan guru / pegawai jabatan tidak dibenarkan membuat tuntutan perbatuan atau perjalanan.Sehingga kini tiada pekeliling mengenai larangan ini, sebaliknya ia hanya dicanangkan ketua kerani di sekolah.
Sukar untuk percaya, tapi itulah hakikatnya apabila guru dan pengetua menghadiri mesyuarat atau berkursus dijamu nasi atau kuih dibungkus dalam plastik bersama air mineral yang harganya tidak melebihi RM 4, selain dipesan ketua kerani supaya tidak membuat tuntutan perjalanan, sedangkan ada kakitangan awam lain menerima pelarasan gaji dan tunggakan elaun.
( Azhar Abu Samah, Berita Minggu - 4hb April 2010 )
Beginilah nasib kita sebagai guru, bila akan terbela. Diharapkan apabila Tan Sri Muhyiddin mengumumkan penubuhan jawatankusa khas untuk menyiasat masalah ini, kita tidak akan terbeban lagi. Macam mana kita nak ikhlas bekerja kalau dah terbeban dengan segala macam kerja.
Bak kata seorang kawan dalam blognya, "ikhlaskan hati dalam semua pekerjaan". Memang kita ikhlas mengajar, membuat kerja-kerja yang kadang-kadang tak sepatutnya seorang guru buat, tetapi kalau dah terbeban banyak sangat, sedikit sebanyak hati merungut dan memberontak juga, mana pergi lagi ikhlas kita, dan saya rasa tukang tulis moto tu pun tak terkecuali. hahaha...
16 March 2010
Setelah Sebulan
Ahad ni Wafiq dah nak balik Pekan. Jadi orang Pekan la lepas ni Wafiq. Minggu depan Wafiq ada appointment kat Hospital Kuantan. Kena pergi awal. Tak apalah, nak jenguk-jenguk dan berkenalan juga dengan bakal pengasuh Wafiq kat sana. Tak kenal pun lagi.
Satu masalah lagi ni, nenek Wafiq ni mesti sedih punya nak bawa Wafiq pergi. Sejak Wafiq lahir, nenek dia ni jadi bodyguard yang utama, sepupu-sepupu Wafiq yang lain tak boleh dekat, sure kena marah punya. Masalah juga.
21 February 2010
Selamat Pengantin Baru - Emi Sabrina & Erman
19 February 2010
Selamat Hari Jadi Abang - 13 Februari 2010 -
Wafiq tu kira hadiah harijadi abang la ye untuk tahun ini. Hehehe.... Mahal tu.
Muhammad Wafiq Ifwat bin Rasnifahmy
Masih terbayang lagi macam mana rasanya dok dalam labour room, setelah berlapar dahaga selama 12 jam akibat kesilapan kiraan nurse yang bertugas, Wafiq terpaksa dilahirkan melalui pembedahan. Uminya dah tak larat, takut terjadi apa-apa pada Wafiq, Uminya terpaksa tandatangan borang pembedahan. Biarlah sakit lebih, asal Wafiq selamat.
Lega hati bila Wafiq dapat balik rumah. Boleh cuba cara tradisional nak bagi reda demam kuning. agak susah juga nak turun suhu dia, sebab Wafiq ni suka tidur, tak tahu la ikut siapa, Uminya ke, abahnya ke atau mak Cik Sitinya... hehehe.... Hidung kepek ikut Mak Cik Siti kot... hehehe...
07 February 2010
Lamanya tak menulis....
Apa khabar semua kawan-kawan kat PJ? Dengar cerita sibuk awal-awal tahun. Siannya.... sabar ya Tie...
Ok lah.. tak ada cerita lagi nak post. Tunggulah dua tiga hari lagi, kalau orang kat dalam ni keluar dapatlah post cerita terbaru, hehehe...
p/s: Selamat Pengantin Baru untuk bakal pengantin minggu depan, 15 Februari 2010 - Emi Sabrina dan Erman. Kalau orang dalam ni keluar minggu depan, tak dapatlah Kak Ni tolong kenduri, sory ya semua.... Kalau tak keluar pun, Kak Ni tolong tengok ja... hehe... tak larat dah wei.
03 January 2010
Public Holidays - January to Mac 2010
February - Chinese New Year ( 14 & 15 Feb) - Maulidur Rasul ( 26 Feb)
March - None... ada cuti sekolah je kot....
p/s : Isy... boringnya, tak sabar nak tunggu bulan 4, nak isi borang pertukaran. hehehe... kan cikgu Mad. Terasa lambat ja hari berlalu.
Anyway... Selamat kembali ke sekolah untuk anak-anak buah di Kelantan yang mula sesi persekolahan hari ni. Selalu boleh tengok gelagat diaorang first day pi sekolah, bukan main liat nak bangun, dah lama bangun lambat, hehehe... Macam mana la si Hasif tu pi sekolah tahun ni, dah masuk Tahun Dua dah.
Mak Sue dia orang ni pun sama, besok pun mesti susah nak bangun pagi, dah lah 6.30 dah kena dok merempit kat atas jalan raya, kalau kat PJ, 6.30 tu baru bangun tidoq, hehehe.... Sekarang tak boleh dah, kena bangun 5.30 pagi lagi. Kalau tak, alamat, masuk sekolah pukul 8.30 lah, bukan sebab jalan jam, tapi jauh, kalau pagi-pagi berkabut pulak tuh, tak nampak jalan. Jalan dia pun bahaya sikit, tak boleh dah nak merempit macam selalu... kena drive macam Cikgu Mad lah, biar lambat asal selamat. hehehe...
01 January 2010
Selamat Datang 2010
Selamat menyambut tahun baru 2010... Apa azam baru kawan-kawan semua ek? Cikgu Mad apa azam tahun 2010 ni? nak pindah sekolah ke? hehehe... Azam tahun baru Siti mesti nak..... dan nak pindah balik Kedah betul tak? Azam saya.... syyh... mana boleh cakap, tu rahsia la.... hehehe...
2 hari lagi sekolah dah buka la... mesti banyak kerja lepas ni... berdebar-debar juga nak menerima anak murid baru ni, macam mana la dia orang... nakal ke tak, pandai tak pandai tak kisah, nama lagi cikgu kan, yang tak pandai tu la kena ajar bagi pandai. Tapi jangan nakal dan degil satu ja. Yang ni yang lemah ni... jangan ada species Suresh kat sini dah la. Lemah jantung den jap lagi. hehehe... Bernasib baik juga, dapat mengajar kelas pandai-pandai. Alhamdullillah.
28 December 2009
Cutiiiiiii?????
Sibuk dengan mesy, tak ada masa nak 'berblog'. Cuti Krismas balik kg, saja balik bercuti sebelum lepas ni sibuk dengan hal-hal sekolah. Dah 2 minggu ulang-alik Nenasi hadir mesyuarat, kadang-kadang rasa mengalahkan PM lak, hehehe... Hari ni dan esok sepatutnya hadir sekolah jugak, buat persiapan mana yang patut, tapi hari ni nak pi JPN jap. Cubaan untuk kali terakhir. Kalau ada rezeki dapatlah tukar masuk pinggir bandar Kuantan. Kita kena usaha dan sabar, tu pesan sorang cikgu kat SK2PJ.
Sekolah dah nak buka, cuti panjang dah nak habis la... sedih pula. Seronok dok rumah, tak ada tekanan kerja. Bulan satu tak ada cuti rasanya, ada pun bulan 2 cuti raya Cina. Tapi hamba dah nak bercuti panjang, 2 bulan. hehehe... Seronok pun ada, takut pun ada.. Mintak-mintak semuanya selamat. Amin... Insyaallah, tahun 2010 ni boleh sambut Hari Ibu la. hehehe... Abang, jangan lupa nak hadiah Hari Ibu...
16 December 2009
Mesyuarat....Mesyuarat....Mesyuarat
15 Disember 2009 - Mesyuarat Guru Pertama 2010
16 Disember 2009 - Mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris Pertama 2010
21 Disember 2009 - Mesyuarat Kurikulum & HEM Pertama 2010
22 Disember 2009 - Mesyuarat Kokurikulum Pertama 2010
23 Disember 2009 - Mesyuarat Keceriaan Sekolah Pertama 2010
24 Disember 2009 - Mesyuarat Agung KKGK Pertama 2010
29, 30 & 31 Disember 2009 - Ada mesyuarat, tapi tak ingat dah mesyuarat apa, banyak sangat.
Guru-guru di sekolah ini semua baik-baik dan peramah, kebanyakannya warga asal Kg Nenasi. ramai juga berasal dari Kelantan. Penolong Kanan semua baik-baik, bertoleransi dan macam tiada jurang antara pentadbir dengan guru, semua dilayan sama rata. Penolong Kanan HEM amat peramah, bahasakan dirinya Kak Jama. Begitu juga dengan Big Boss SK Nenasi. Orangnya adalah Guru Besar Cemerlang, namun beliau sangat baik dan bertimbangrasa. Kami tak perlu memanggilnya puan, tapi kami diajar panggil Kak Hajjah. Amat mesra sekali orangnya, semua guru pun dipanggil dengan panggilan manja masing-masing. Patutlah kali pertama jejakkan diri ke sini, semua guru nampak macam satu keluarga, mesra sahaja walaupun dengan Pentadbir.
Betulah kata pepatah, tak kenal maka tak cinta... ada hikmah juga dapat sekolah ini. tak sibuk dengan kerja, tak banyak aktiviti daripada PPD, tak macam Selangor. Pertama kali memandu, terasa juga jauh, dah berhari-hari memandu, dah jadi macam dekat pulak, biasalah bekas minah rempit kat jalan raya. hehehe...
06 December 2009
Sekolah Mana Ni?
Tak sabar nak tunggu hari Rabu ni, insyaalllah dapat tahu lah dapat sekolah mana. Masih kekal di Nenasi atau dapat masuk Daerah Kuantan. (Cikgu Mad selalu cakap, kita kena sabarrrr ) . Tapi kadang-kadang tak boleh nak sabar juga. hehehe...
Alamak, dah tengahari, nak kena msuk dapur la... beginilah rutin cuti sekolah, jadi tukang masak, tukang basuh baju dan kadang kala jadi bibik jaga anak-anak buah. hehe...
29 November 2009
Selamat Hari Raya Aidiladha
Untuk Cikgu Ahmad, Dina dan Siti, terima kasih kerana banyak tolong saya selama saya berada di SK2PJ. Terima kasih banyak-banyak.
24 November 2009
Cuti Sekolah Dah Bermula
Meja pun belum kemas sepenuhnya lagi, separuh ja.. bukan separuh, 1/4 ja dulu.. hehe.. ada orang dah tak sabar-sabar nak pindah tempat dah... eeeee... tak malu... tuan dia belum pindah lagi la.
Besok mungkin baru boleh pergi sekolah dan kemas meja semua. waaa... sedihnya... sayang nak tinggal sekolah, tapi tak apalah, sayang lagi nak tinggal suami.. hehe...
Ingat nak 'post' kan gambar sekolah baru, tapi handset problem, tak boleh connect dengan pc. lain kali je lah. Sekolah nampak bagus juga, bangunan semua baru, semua bilik khas ada, bilik SAL pun ada. Kalah SK2PJ. Cuma masalahnya enviroment dia je yang tak sesuai. Bukan tak sesuai dengan jiwa, tak sesuai dengan keadaan diri sekarang. Kalau tak pregnant, tak ada masalah nak duduk situ, budak pun tak ramai. Guru-guru pun nampak friendly. Lagipun dah biasa mengajar luar bandar, masa kat Kelantan dulu, setahun mengajar kat Hulu Kelantan, dah biasa mengajar anak orang asli. Tapi masalahnya, enviroment tak sesuai untuk saya yang sedang mengandung. Klinik jauh, hospital lagi jauh, lebih kurang 38 km dari sekolah. Dan masalah utamanya, tak mahu dah berjauhan dengan suami, cukuplah 8 bulan kami berjauhan. Banyak dugaannya.
08 November 2009
Teman Sejati
Kali ni cuma sekadar nak berkongsi gambar bersama-sama diaorang ni. Hanya gambar ini sahaja yang tinggal sebagai kenangan sepanjang tahun 2009.





