15 Disember 2009 - Mesyuarat Guru Pertama 2010
16 Disember 2009 - Mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris Pertama 2010
21 Disember 2009 - Mesyuarat Kurikulum & HEM Pertama 2010
22 Disember 2009 - Mesyuarat Kokurikulum Pertama 2010
23 Disember 2009 - Mesyuarat Keceriaan Sekolah Pertama 2010
24 Disember 2009 - Mesyuarat Agung KKGK Pertama 2010
29, 30 & 31 Disember 2009 - Ada mesyuarat, tapi tak ingat dah mesyuarat apa, banyak sangat.
Guru-guru di sekolah ini semua baik-baik dan peramah, kebanyakannya warga asal Kg Nenasi. ramai juga berasal dari Kelantan. Penolong Kanan semua baik-baik, bertoleransi dan macam tiada jurang antara pentadbir dengan guru, semua dilayan sama rata. Penolong Kanan HEM amat peramah, bahasakan dirinya Kak Jama. Begitu juga dengan Big Boss SK Nenasi. Orangnya adalah Guru Besar Cemerlang, namun beliau sangat baik dan bertimbangrasa. Kami tak perlu memanggilnya puan, tapi kami diajar panggil Kak Hajjah. Amat mesra sekali orangnya, semua guru pun dipanggil dengan panggilan manja masing-masing. Patutlah kali pertama jejakkan diri ke sini, semua guru nampak macam satu keluarga, mesra sahaja walaupun dengan Pentadbir.
Betulah kata pepatah, tak kenal maka tak cinta... ada hikmah juga dapat sekolah ini. tak sibuk dengan kerja, tak banyak aktiviti daripada PPD, tak macam Selangor. Pertama kali memandu, terasa juga jauh, dah berhari-hari memandu, dah jadi macam dekat pulak, biasalah bekas minah rempit kat jalan raya. hehehe...

alhamdullillah... biasalah, ada pro ada cons Nyaa ...
ReplyDeletewow, banyaknya meeting! mmg kaya meeting. yela kak ni, kat sek saya pun xpanggil pn. pada pentadbir. semua panggil kak je. rasa macam mesra plak mcm tu. saya pun xbyk jwtn. jadi guru kelas ngan ketua panitia je. lain-lain jadi orang bawahan je.
ReplyDeletenasib baik k.ni tak jadi KP. hehehe... tapi best jugak dok sek baru ni. dapat pengalaman baru.
ReplyDelete