01 June 2011

Explore Sunway Lagoon

Wafiq tgh kejar Ayam Api kat mini zoo

At I-City, Shah Alam

Salam semua... kali ni nak post kan gambar masa pergi jalan-jalan kat I-City, Shah Alam hari tu... x ingatlah bila... hehehe... Cantik sangat tgk lampu-lampu. Wafiq sampai terpusing-pusing tak tahu nak tengok mana satu... Nak masuk rumah sejuk, tapi takut sejuk sngat, Wafiq pulak tgh batuk, x jadi lah. Masuk tgk pameran ular dan binatang-binatang lain je lah. Banyak nak postkan gambar, tapi malas tunggu, upload lama sangat. Cukuplah 3 gambar ini.

Cantik kan burung merak kat belakang tu...

Dengan kakak

31 May 2011

Percutian Keluarga



Lama dah tak berblog rasanya... sibuk dgn fb sampai lupa kat blog sendiri... cuti-cuti sekolah tiba-tiba ja rasa teringin nak berblog... hehehe... nak upload kan gambar percutian family.


Actually percutian ni dah lama, bulan 3 lagi. Sekarang baru nak upload picture. Ni baru separuh family.. . ada lagi yang tak datang.


Kita orang bercuti di Bukit Gambang Water Park. Dua hari satu malam dok sini. Best jugak... Wafiq takut air, umi dia yang mandi lebih-lebih. Biasalah. hehehe...




My loving family


Keluarga besar kami


Gambar terbaik Wafiq dalam air

03 August 2010

Rehat Minda di Serai D'Lanjut, Rompin.

Salam semua... Lamanya tak berblog. Busy sangat kat sekolah. Kelas tambahan budak-budak nak UPSR lagi... huhu... penat sungguh... bila penat, mulut ni asyik lapar ja... tu berat badan naik berkilogram jugak lah. hehe... Cik Siti dengan Cik Dina mesti suka ni.

Hari Ahad, ada Sukan Tahunan 2010, nak upload gambar sukan malas sgt. Broadband lembab kit. Cuma nak bercerita tentang sesi Rehat Minda di Rompin ja. Hari Isnin kitaorang Cuti Peristiwa sempena sukan, kebetulan murid Tahun 6 ada aktiviti Rehat Minda selepas Trial UPSR, so apalagi kitaorang join sekali.

Sesi Rehat Minda 2010 di adakan di Serai D'Lanjut, Rompin. Cantik juga tempatnya. Tapi masa kami pergi ni, ramai pelancong Korea dtg main golf hujung minggu sebab padang golfnya antara yang tercantik kat Pahang. Lagipun tepi pantai. Bilik semua penuh, tapi kami dapat juga chalet yang berharga RM 275, tapi sebab pengurusnya kenal cikgu SK Nenasi, so kami dapat RM 150.00 ja. berbaloi kan. Tapi saya tak tidur la... pergi pagi Isnin balik petang Isnin. Ramai juga guru2 yg sewa chalet.

Banyak aktiviti yg dibuat bersama murid Tahun 6, mencari barang yg hilang dan Explorace Kids. Tapi yg paling best aktiviti mandi kolam la. Sampaikan si Wafiq yg x pernah mandi kolam pun bukan main suka mandi kolam. Sampai 2 kali turun mandi kolam. Penat umi dgn abah dia.


Suka sangat naik pelampung itik ni... biar pinjam pun. sampai nangis x nak turun. X senonoh betul, dahlah pinjam org punya.. tuan dia dok tunggu ja kat tepi.. heheh...]
Penat mandi kolam, dia tidur, dia ni kalau tidur, tak kisah dah kat mana-mana... asalkan dia blh lena... mcm mak cik siti dia. hehe

Sesi belajar berenang pulak dgn abah dia, dgn umi x boleh, sebab umi x pandai berenang. Dgn umi main kat tepi2 ja... hehehe...

p/s: Nanti nak rehat minda di Gambang Waterpark pula lepas raya ni. lagi best, macam kat Tambun. Tapi Tambun lagi seronok.

01 June 2010

Selamat Hari Bapa - 20 Jun 2010

Salam semua. Lamanya tak berblog. Busy berfb, dengan kelas tambahan kat sekolah lagi, sampai tak ingat dekat blog sendiri.

Tak lama lagi, kita akan sambut Father's Day. Post ni istimewa untuk orang yang paling disayangi selain My Family.

Anak abah bersama abahnya.....


Sebelum ku kenal
Dirimu siapa
Aku tak kenali
Apa itu cinta
Setelah ku kenal
Dirimu sebenar
Kau Cinta Sejati
Ku sandarkan jiwa

P/S : Happy Father's Day abang. Semoga abang akan jadi abah yang terbaik buat Wafiq dan suami yang soleh untuk Umi... Umi sayang abang selamanya.

01 May 2010

Selamat Hari Ibu...

Pejam celik, pejam celik, kejap ja, dah dua bulan lebih rupanya Wafiq ni. Dah nak masuk 3 bulan dah. Penat juga jadi Ibu ni... huhuhu.... tambah-tambah sekolah pun banyak kerja sekarang, sian kat Wafiq, tiap-tiap hari Umi sampai rumah pukul 5, pukul 5 baru pergi ambik Wafiq, banyak masa dia duduk dengan mama dia ja ( pengasuh) . Tapi alhamdulillah lah, Wafiq dapat mama yang baik, kadang-kadang uminya tak sempat nak cuci telinga dan potong kuku, mama dia yang buatkan. Mmmm... terkilan juga, tak boleh nak jaga Wafiq sepanjang masa, nak buat macam mana, tuntutan kerja.

Balik rumah pun kadang-kadang tak sempat sangat nak main dengan Wafiq, kadang-kadang dia tido, kalau dia tak tido ja dapat main dengan dia. Sian dia, lambatnya cuti sekolah. Boleh pi bercuti dengan Wafiq, dia pun dah pandai tengok orang, dah pandai senyum bila orang agah, dah pandai tengok tv, asmaul husna tu paling dia suka dengar. kalau tgh nangis pun, dgr asmaul husna terus senyap.

Tak lama lagi nak sambut Hari Ibu, mmm.. 1st time sambut Hari Ibu, bila diri sendiri jadi Ibu, Tahun-tahun sebelum ni, cakap kat mak ja, Selamat Hari Ibu, tahun ni ada ke orang nak ucap Selamat Hari Ibu ni, hehehe...

p/s : Abang jangan lupa Hadiah Hari Ibu ek... tak bagi hadiah, dapat pi bercuti kat mana-mana pun tak pa. hehe...







04 April 2010

Guru jadi mangsa kerenah Pentadbiran???

Isy... tajuk kali ni ilmiah sikit. Saya terpanggil untuk berkongsi apa yang saya baca dalam Berita Minggu pada hari ni, 4hb April 2010. Artikel bertajuk seperti di atas ditulis oleh Saudara Azhar Abu Samah. Apa yang ditulis oleh beliau bagai suara hati semua warga pendidik yang tak terluah sahaja. Saya cuba tuliskan kembali apa yang beliau telah rencanakan dalam artikel tersebut. Bukan keseluruhanya, cuma yang penting sahaja.

Pasti ramai tertanya-tanya kenapa semakin banyak masalah berkaitan guru timbul sejak kebelakangan ini. Masalah berbangkit ini sebenarnya isu lama yang tidak diselesaikan sejak dulu, sebaliknya ia 'dibiarkan tergantung' supaya isu itu akan lenyap mengikut masa.

... masalah di sekolah, bukan setakat kurang kemudahan atau bangunan rosak, sebaliknya beban kerja warga pendidik yang terpaksa melakukan kerja berlebihan termasuk pentadbiran dan perkeranian hingga mengganggu tanggungjawab mendidik.

... Guru menanggung beban kerja berganda akibat wujudnya 'arahan dalam arahan' apabila mereka terpaksa melakukan tugasan dalam skop sama berulang kali atas arahan pihak atasan pada peringkat berbeza.

... Selain mematuhi pekeliling, ketelusan perlu ada dalam isu tertentu, khususnya membabitkan guru / pegawai jabatan tidak dibenarkan membuat tuntutan perbatuan atau perjalanan.Sehingga kini tiada pekeliling mengenai larangan ini, sebaliknya ia hanya dicanangkan ketua kerani di sekolah.

Sukar untuk percaya, tapi itulah hakikatnya apabila guru dan pengetua menghadiri mesyuarat atau berkursus dijamu nasi atau kuih dibungkus dalam plastik bersama air mineral yang harganya tidak melebihi RM 4, selain dipesan ketua kerani supaya tidak membuat tuntutan perjalanan, sedangkan ada kakitangan awam lain menerima pelarasan gaji dan tunggakan elaun.

( Azhar Abu Samah, Berita Minggu - 4hb April 2010 )


Beginilah nasib kita sebagai guru, bila akan terbela. Diharapkan apabila Tan Sri Muhyiddin mengumumkan penubuhan jawatankusa khas untuk menyiasat masalah ini, kita tidak akan terbeban lagi. Macam mana kita nak ikhlas bekerja kalau dah terbeban dengan segala macam kerja.

Bak kata seorang kawan dalam blognya, "ikhlaskan hati dalam semua pekerjaan". Memang kita ikhlas mengajar, membuat kerja-kerja yang kadang-kadang tak sepatutnya seorang guru buat, tetapi kalau dah terbeban banyak sangat, sedikit sebanyak hati merungut dan memberontak juga, mana pergi lagi ikhlas kita, dan saya rasa tukang tulis moto tu pun tak terkecuali. hahaha...