Isy... tajuk kali ni ilmiah sikit. Saya terpanggil untuk berkongsi apa yang saya baca dalam Berita Minggu pada hari ni, 4hb April 2010. Artikel bertajuk seperti di atas ditulis oleh Saudara Azhar Abu Samah. Apa yang ditulis oleh beliau bagai suara hati semua warga pendidik yang tak terluah sahaja. Saya cuba tuliskan kembali apa yang beliau telah rencanakan dalam artikel tersebut. Bukan keseluruhanya, cuma yang penting sahaja.
Pasti ramai tertanya-tanya kenapa semakin banyak masalah berkaitan guru timbul sejak kebelakangan ini. Masalah berbangkit ini sebenarnya isu lama yang tidak diselesaikan sejak dulu, sebaliknya ia 'dibiarkan tergantung' supaya isu itu akan lenyap mengikut masa.
... masalah di sekolah, bukan setakat kurang kemudahan atau bangunan rosak, sebaliknya beban kerja warga pendidik yang terpaksa melakukan kerja berlebihan termasuk pentadbiran dan perkeranian hingga mengganggu tanggungjawab mendidik.
... Guru menanggung beban kerja berganda akibat wujudnya 'arahan dalam arahan' apabila mereka terpaksa melakukan tugasan dalam skop sama berulang kali atas arahan pihak atasan pada peringkat berbeza.
... Selain mematuhi pekeliling, ketelusan perlu ada dalam isu tertentu, khususnya membabitkan guru / pegawai jabatan tidak dibenarkan membuat tuntutan perbatuan atau perjalanan.Sehingga kini tiada pekeliling mengenai larangan ini, sebaliknya ia hanya dicanangkan ketua kerani di sekolah.
Sukar untuk percaya, tapi itulah hakikatnya apabila guru dan pengetua menghadiri mesyuarat atau berkursus dijamu nasi atau kuih dibungkus dalam plastik bersama air mineral yang harganya tidak melebihi RM 4, selain dipesan ketua kerani supaya tidak membuat tuntutan perjalanan, sedangkan ada kakitangan awam lain menerima pelarasan gaji dan tunggakan elaun.
( Azhar Abu Samah, Berita Minggu - 4hb April 2010 )
Beginilah nasib kita sebagai guru, bila akan terbela. Diharapkan apabila Tan Sri Muhyiddin mengumumkan penubuhan jawatankusa khas untuk menyiasat masalah ini, kita tidak akan terbeban lagi. Macam mana kita nak ikhlas bekerja kalau dah terbeban dengan segala macam kerja.
Bak kata seorang kawan dalam blognya, "ikhlaskan hati dalam semua pekerjaan". Memang kita ikhlas mengajar, membuat kerja-kerja yang kadang-kadang tak sepatutnya seorang guru buat, tetapi kalau dah terbeban banyak sangat, sedikit sebanyak hati merungut dan memberontak juga, mana pergi lagi ikhlas kita, dan saya rasa tukang tulis moto tu pun tak terkecuali. hahaha...
HIJAB and SCARF: ROMPERS CARTER 5 IN 1
12 years ago
