Hari ni balik awal dari sekolah, nak hantar kakak ke Kelana Jaya, dia akan ke Mekah tahun ni. Flight pukul 7.30 pm jap lagi.. sedih hati kena tinggal. Mengalir juga air mata waktu salam dengan kak. Ntah kenapa rasa sedih ja. Teringat sepatutnya diri ini pun turut serta tahun ini bersama kakak sorang lagi tu. Tetapi atas sebab mengandung, terpaksa ditangguhkan. Tak apalah, ini pun rezeki juga Allah bagi. Alhamdulillah.
Kesian kak kat kampung tu, terpaksa menumpang mahram orang lain. Sebab kak yang pergi hari ni pergi kerana tugas, dihantar oleh Kementerian Kesihatan. Sebab tu pergi awal. Seronok juga jadi doktor ni. Tak ada ke kementerian Pendidikan nak hantar cikgu pi bertugas kat Mekah? hehehe.. tapi nak mengajar apa ya?
"Labbaik Allahumma Labbaik...." Sayu ja dengar laungan talbiyah haji kat Kompleks Tabung Haji kat Kelana Jaya ni. Lagi kuat mengalir air mata... sedihnya.... Rasa nak menyorok dalam beg sapa-sapa nak tumpang pi juga. Tapi sabar... Insyaallah, panjang umur boleh pergi lagi.
Sedih dan sayu ja tengok pak cik-pak cik dan mak cik-mak cik yang dah tua dan uzur masih bersemangat untuk menunaikan Rukun Islam yang ke-5 ini. Syukur dapat juga mereka pergi walaupun dalam usia yang telah senja. Semoga mereka dapat menguatkan semangat dan dapat menunaikan haji dengan sempurna dan mendapat haji mabrur, aminnn...
Bila tengok mereka jalan, terbongkok-bongkok mengheret beg, baru terasa, waktu muda dan kuat ni lah sepatutnya kita berusaha untuk ke sana, menunaikan haji, bukan menunggu sehingga umur telah separuh abad. Jika ada duit dan berkemampuan, apa salahnya kita ke sana. Jika telah uzur dan sakit lutut, amat payah untuk berjalan apatah lagi untuk mengharungi lautan manusia yang berjuta di Mekah nanti.. Tapi bak kata orang, kalau tak sampai seru.. cakap pun tak guna kan...
Hari Ahad nanti sekali lagi kena ke sini, hantar kak lagi sorang. Sedih lagi... waaaaa.... asyik kena tinggal ja.

Saudara-mara yang datang menghantar keluarga yang ingin ke Mekah. Ramai sangat. Macam kat stesen bas PUTRA waktu nak balik raya.

Jemaah-jemaah haji KT 5 tengah beratur masuk untuk check-in sebelum naik bas ke KLIA kat lobi Bangunan Tabung Haji kat Kelana Jaya
p/s : Tunggulah... ada rezeki kalau tak tahun 2011, 2012 nak pi juga haji. Insyaallah.