28 December 2009

Cutiiiiiii?????

Sibuk dengan mesy, tak ada masa nak 'berblog'. Cuti Krismas balik kg, saja balik bercuti sebelum lepas ni sibuk dengan hal-hal sekolah. Dah 2 minggu ulang-alik Nenasi hadir mesyuarat, kadang-kadang rasa mengalahkan PM lak, hehehe... Hari ni dan esok sepatutnya hadir sekolah jugak, buat persiapan mana yang patut, tapi hari ni nak pi JPN jap. Cubaan untuk kali terakhir. Kalau ada rezeki dapatlah tukar masuk pinggir bandar Kuantan. Kita kena usaha dan sabar, tu pesan sorang cikgu kat SK2PJ.


Sekolah dah nak buka, cuti panjang dah nak habis la... sedih pula. Seronok dok rumah, tak ada tekanan kerja. Bulan satu tak ada cuti rasanya, ada pun bulan 2 cuti raya Cina. Tapi hamba dah nak bercuti panjang, 2 bulan. hehehe... Seronok pun ada, takut pun ada.. Mintak-mintak semuanya selamat. Amin... Insyaallah, tahun 2010 ni boleh sambut Hari Ibu la. hehehe... Abang, jangan lupa nak hadiah Hari Ibu...

16 December 2009

Mesyuarat....Mesyuarat....Mesyuarat

Tengok tajuk pun dah memenatkan otak, penat memandu satu hal nak pi sekolah, penat masuk mesyuarat satu hal lagi. Minggu ni, minggu depan dan minggu seterusnya sibuk dengan mesyuarat kat sekolah baru.

15 Disember 2009 - Mesyuarat Guru Pertama 2010
16 Disember 2009 - Mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris Pertama 2010
21 Disember 2009 - Mesyuarat Kurikulum & HEM Pertama 2010
22 Disember 2009 - Mesyuarat Kokurikulum Pertama 2010
23 Disember 2009 - Mesyuarat Keceriaan Sekolah Pertama 2010
24 Disember 2009 - Mesyuarat Agung KKGK Pertama 2010

29, 30 & 31 Disember 2009 - Ada mesyuarat, tapi tak ingat dah mesyuarat apa, banyak sangat.

Cuma bernasib baik ja, tak banyak waktu, alhamdulillah, berada di sekolah dengan murid lebih kurang 4 ratus lebih dan guru dalam 32 orang, tak banyak kerja yang dapat. Jawatan pun dapat dua sahaja. Bersyukur sangat-sangat. Dan yang paling bersyukur, terima kasih untuk PK KOKO yang amat memahami dan bertoleransi memberi sedikit pengecualian saya dari aktiviti kokurikulum sehingga waktu bersalin memandangkan perlu memandu jauh untuk pulang ke rumah.

Guru-guru di sekolah ini semua baik-baik dan peramah, kebanyakannya warga asal Kg Nenasi. ramai juga berasal dari Kelantan. Penolong Kanan semua baik-baik, bertoleransi dan macam tiada jurang antara pentadbir dengan guru, semua dilayan sama rata. Penolong Kanan HEM amat peramah, bahasakan dirinya Kak Jama. Begitu juga dengan Big Boss SK Nenasi. Orangnya adalah Guru Besar Cemerlang, namun beliau sangat baik dan bertimbangrasa. Kami tak perlu memanggilnya puan, tapi kami diajar panggil Kak Hajjah. Amat mesra sekali orangnya, semua guru pun dipanggil dengan panggilan manja masing-masing. Patutlah kali pertama jejakkan diri ke sini, semua guru nampak macam satu keluarga, mesra sahaja walaupun dengan Pentadbir.

Pertama kali berada di Nenasi, hati dah terpaut untuk berada di sini, walaupun pencapaian tak membanggakan, namun seronok berada dengan orang kampung. Teringat kampung sendiri. Apa yang paling seronoknya, tak perlu lagi bersusah payah nak membuat kertas soalan untuk peperiksaan. Semua kertas soalan disediakan oleh MGB dan PPD Pekan. Alhamdulillah, hilang satu beban kerja.

Betulah kata pepatah, tak kenal maka tak cinta... ada hikmah juga dapat sekolah ini. tak sibuk dengan kerja, tak banyak aktiviti daripada PPD, tak macam Selangor. Pertama kali memandu, terasa juga jauh, dah berhari-hari memandu, dah jadi macam dekat pulak, biasalah bekas minah rempit kat jalan raya. hehehe...

06 December 2009

Sekolah Mana Ni?

Tak lama lagi sekolah dah nak buka dah, semua orang dok sibuk dengan mesyuarat, tapi saya? masih lagi seronok bercuti kat kg, lepas ni?????? Tak tahu sekolah mana lagi, nama jadi di awang-awangan, hehehe... Wallahuallam... tak apalah sekolah mana-mana pun, asal kat Kuantan. Tak nak pi Nenasi, waaaaaaaaa....

Tak sabar nak tunggu hari Rabu ni, insyaalllah dapat tahu lah dapat sekolah mana. Masih kekal di Nenasi atau dapat masuk Daerah Kuantan. (Cikgu Mad selalu cakap, kita kena sabarrrr ) . Tapi kadang-kadang tak boleh nak sabar juga. hehehe...

Macam mana nak sabar Cikgu Mad, sekolah dah nak buka, rumah sewa tak cari lagi. Ingat nak tunggu result dulu dapat sekolah mana, baru nak cari rumah yang berdekatan dengan sekolah. Kalau Aisah nak belajar drive ke sekolah, saya tak nak drive dah, saya nak jalan kaki ja. Nak exercise, hehehe.. nak simpan kereta merah kat rumah ja. Lagipun nak drive tak boleh dah, perut lekat kat stereng. Hehehe... Kalau boleh nak cari rumah yang buka ja pagar rumah, masuk pagar sekolah. hehehe.. nanti boleh datang lambat, bunyi loceng baru turun rumah, betul tak Cikgu Mad??? tapi sedih pula, tahun depan tak ada orang dah nak intai saya datang awal atau lambat ke sekolah, hehe... Dina hati-hati, nanti ada orang akan intai kereta Myvi hitam sampai awal ke sampai lambat ke sekolah, sebab dia tak boleh nak intai kereta merah dah. hehe...

Alamak, dah tengahari, nak kena msuk dapur la... beginilah rutin cuti sekolah, jadi tukang masak, tukang basuh baju dan kadang kala jadi bibik jaga anak-anak buah. hehe...

29 November 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha

Malas nak tulis panjang-panjang. Cuma nak ucap Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua kawan-kawan. Maaf Zahir dan Batin kalau ada yang tersalah atau tersilap cakap selama ni. Halal kan yang termakan atau terminum. Kalau panjang umur, kita jumpa lagi. Bye.. bye...

Untuk Cikgu Ahmad, Dina dan Siti, terima kasih kerana banyak tolong saya selama saya berada di SK2PJ. Terima kasih banyak-banyak.

24 November 2009

Cuti Sekolah Dah Bermula

Lamanya tak menulis dalam blog. Akhir-akhir cuti sekolah sibuk dengan urusan menyelesaikan tugasan terakhir, tu pun masih tak selesai juga... sempat tinggal wasiat sedikit sebanyak ja untuk pengganti... sabar ya miza, nanti k.ni ajar. tak apa.. lambat lagi buka sekolah. masa masih panjang lagi.

Meja pun belum kemas sepenuhnya lagi, separuh ja.. bukan separuh, 1/4 ja dulu.. hehe.. ada orang dah tak sabar-sabar nak pindah tempat dah... eeeee... tak malu... tuan dia belum pindah lagi la.

23 dan 24 ada mesyuarat, tapi tak dapat hadir, ada urusan lebih penting kat Kuantan. Sorry ek Cikgu Nazam, Pn. Fatimah dan Tuan Haji dan juga buat guru-guru lain. Saya ada urusan kat Kuantan.

Besok mungkin baru boleh pergi sekolah dan kemas meja semua. waaa... sedihnya... sayang nak tinggal sekolah, tapi tak apalah, sayang lagi nak tinggal suami.. hehe...

Dua tiga hari lagi dah nak raya, boleh balik ke tak ni, banyak jalan dah tutup ni. Takut juga terlekat banjir, tak boleh balik raya, kesian kat mak raya sorang-sorang kat kg.. isyyy... kena balik awal lah.

Ingat nak 'post' kan gambar sekolah baru, tapi handset problem, tak boleh connect dengan pc. lain kali je lah. Sekolah nampak bagus juga, bangunan semua baru, semua bilik khas ada, bilik SAL pun ada. Kalah SK2PJ. Cuma masalahnya enviroment dia je yang tak sesuai. Bukan tak sesuai dengan jiwa, tak sesuai dengan keadaan diri sekarang. Kalau tak pregnant, tak ada masalah nak duduk situ, budak pun tak ramai. Guru-guru pun nampak friendly. Lagipun dah biasa mengajar luar bandar, masa kat Kelantan dulu, setahun mengajar kat Hulu Kelantan, dah biasa mengajar anak orang asli. Tapi masalahnya, enviroment tak sesuai untuk saya yang sedang mengandung. Klinik jauh, hospital lagi jauh, lebih kurang 38 km dari sekolah. Dan masalah utamanya, tak mahu dah berjauhan dengan suami, cukuplah 8 bulan kami berjauhan. Banyak dugaannya.

08 November 2009

Teman Sejati

Tak mampu dah nak menulis, jika menulis air mata mesti mengalir. Sedihnya nak tinggalkan diaorang ni. Bila dapat bersama lagi.

Kali ni cuma sekadar nak berkongsi gambar bersama-sama diaorang ni. Hanya gambar ini sahaja yang tinggal sebagai kenangan sepanjang tahun 2009.

Hari Sukan Tahunan Sekolah 2009

Kenangan terakhir...

Kenangan semasa Sambutan Hari Guru 2009 bersama Cik Dina sayang.

Kenangan manis bersama korang tak akan dilupakan.

Selamat Tinggal Semua

Semalaman tak lena tidur menunggu result pertukaran. Tiba hari yang dinantikan, biarpun suasana ceria kat sekolah dengan Sambutan Hari Kanak-kanak, tapi hatiku tak ceria. Tak sabar nak tengok result. Sekejap-sekejap buka internet, sekejap-sekejap buka internet. tapi masih tak dapat. Pulang dengan hati gundah gulana.

Petang itu....

TAHNIAH
Permohonan pertukaran ke Pahang diluluskan.

Melihat saja tulisan itu, hati melonjak gembira, namun sekejap sahaja. Tiba-tiba sahaja hati jadi sayu, sedih dan bermacam rasa. Gembira, nanti tak perlu untuk berjauhan dengan suami. Sedih kerana terpaksa tinggalkan sekolah ini. Tiba-tiba ja hati jadi berat untuk pergi. Sayang dan sedih nak tinggalkan teman-teman ini, Sejak dari 2004 hingga 2009, banyak kenangan manis dan pahit disekolah ini.

Hati jadi lebih sayu untuk meninggalkan rumah yang dihuni ini sejak dulu. Tapi, nak buat macam mana, life must go on. Nak tak nak, terpaksa pergi juga. "Itulah, sapa suruh cari suami kerja negeri lain" kata seorang teman. Nak buat macam mana, dah jodoh kak. Kena terima. Biar kerja negeri lain, jangan asal negeri lain. Susah nak balik raya. hehehe...

Banyak kerja yang perlu dibereskan. Nak tinggalkan banyak wasiat ni. Kurang dua minggu lagi persekolahan. Nak kena cari sapa pengganti Guru Data, senang nak training awal-awal. Cikgu Mad tak nak ke? hehehe...

Dalam banyak-banyak sedih... sedih dan pilu lagi nak tinggalkan teman yang seorang ini. Ingatkan dia dapat pindah sama, tapi bukan rezkinya lagi. Sabar ya Tie.. Insyaallah tahun depan. Ajak ..... kawin cepat-cepat.

Berat kaki untuk melangkah meninggalkan teman yang seorang ini. Teman bercerita, berkongsi duka dan lara, sedih dan gembira, semua bersama. Biar apa pun anggapan orang padanya, hanya aku yang kenal siapa dirinya...

Nanti kita dah tak boleh keluar makan-makan dah tahun depan. Tak cukup dah 'korum' 1 kereta. Koranglah penghibur setia, teman bergelak ketawa dan berkongsi kerja. Thanks.


Dengan sapa lagi saya nak bergaduh, bergurau, mengusik lepas ni... sapa nak tolong saya lepas ni Cikgu Mad... Terima kasih kerana banyak tolong saya selama saya berada di SK (2) PJ.


Mungkin ini gambar terakhir kami bersama... waaaaaa....

04 November 2009

Lama Tak Dengar Lagu Ni...

Izinkan Cintaku
Berbunga Dihatimu
Biar Terus Mekar
Jadi Kenyataan
Telah Lama Ku Dahaga
Belaian Seorang Insan
Semoga Bersamamu
Ceria Hidupku

Ku Tak Akan Bersuara
Walau Dirimu Kekurangan
Hanya Setiamu Itu Kuharapkan
Ku Tak Akan Menduakan
Walau Kilauan Menggoda
Kasih Dan Sayangku
Tetap Utuh Untukmu
Hanya Kupinta Darimu
Setialah Selamanya
Sehingga Abadi
Cinta Ini Sayang
Itu Kudoakan

Tak Mungkin Kan Terjadi
Kehancuran Cinta Kita
Andainya Hatimu
Seperti Hatiku...

P/S: Lama tak dengar lagu ni... Tiba-tiba ja hati jadi rindu pada kak kat Mekah. Teringat pesannya, "Jaga diri molek-molek...". Semoga kak mendapat haji yang mabrur. Aminnn...

Ketika aku marah, inginku intip serpihan sabar dari catatan hidup Siti Sarah, ketika aku sedih, inginku selit ketabahan menghadapi dugaan daripada Siti Hajar, ketika aku kecewa, inginku kutip pengorbanan Siti Fatimah, akur dalam setiap perintah, pengharapannya hanya pada Allah...

23 October 2009

Apa Ada Pada Nama?????




Suka tengok gambar Aina ni waktu kecik.... montel ja...

Apa ada pada nama? Setengah-setengah orang mungkin menganggap nama itu biasa saja, asal ada nama, sedap didengar, cukuplah. Kebanyakan ibu bapa sekarang memilih nama bukan berdasarkan makna atau ertinya yang baik tetapi hanya berdasarkan kepada sebutan yang cantik atau ejaannya yang sedikit moden tanpa mengira nama itu ada makna atau tidak.

Dari Ashhabus-Sunan dari Samirah, Rasulullah saw. bersabda, “Setiap anak itu digadaikan dengan aqiqahnya. Disembelihkan (binatang) baginya pada hari ketujuh (dari hari kelahiran)nya, diberi nama, dan dicukur kepalanya pada hari itu.

Adalah menjadi kewajipan bagi kedua ibu bapa untuk memberikan nama yang baik kepada anak-anaknya. Berhati-hatilah dalam memilih dan memberikan nama kepada anak-anak. Pilihlah nama yang dianjurkan oleh Islam atau sekurang-kurangnya nama yang membawa maksud yang baik.

Bagi umat islam, nama adalah doa yang berisi harapan masa depan si pemilik nama. Ibu bapa tidak hanya berusaha memilih nama yang indah bagi anaknya, tapi juga nama yang memiliki erti yang baik dan tidak buruk.

Memang sukar untuk mencari nama yang cantik dan memiliki erti atau maksud yang baik, tapi kita boleh berusaha. Banyak buku-buku panduan di pasaran, dalam internet pun banyak. Cuma perlu korbankan sedikit masa.


p/s : Saya pun sedang mencari nama yang sesuai untuk bakal si kecil ini. Nama yang sudah tersedia dan disimpan lama sebelum kawin lagi terpaksa di KIV memandangkan jantina yang berlainan pula (mengikut kata DR la.. tapi kuasa Allah SWT kita tak tahu) Seronoklah bakal ibu yang sorang lagi kat sekolah tu, dapat guna nama yang cantik itu untuk bakal puterinya.... jika puteri lah ya... minta2 putera juga. hehehe...

22 October 2009

Saja nak Menjealouskan Cikgu Ahmad

View Depan C901

View belakang C901

Tadi balik ja dari meeting, sempat lagi ke Midvalley... hehehe... beli handset baru. Cikgu Mad jangan jealous ek... saya selalu terkedepan... hehehe...

Beli sony juga. Model C901. Habis juga duit, tapi baik beli handset daripada habis kat benda lain tak nampak.. betul tak Tie... :-) Lagipun handset tu dah tahap boleh masuk Recycle Bin dah. Semua dah rosak, dari camera sampai ke speaker. Ntah macam mana, saya ni pakai handset tak sampai setahun dak K.O. Orang tua-tua cakap kalau tak ganas, mesti tak cermat. hehehe... Tengok kereta merah lah... calar sana sini :-)

Saja nak tunjuk gambar bagi Cikgu Mad jealous, lagipun esok tak boleh pi sekolah, kena pi ambik darah. So, tak boleh tunjuk lah. Nak tunggu Isnin lambat, cara terbaik masuk dalam Blog, Cikgu Mad mesti buka esok ni. hehehe... jangan jealous ek Cikgu Mad :-)

Sesi Bergambar 2009

Hari ni Cikgu Mad pesan suruh pakai baju batik sekolah sebab ada sesi bergambar bersama murid untuk tahun 2009. Nak pakai macam mana dah tak muat... Kalau suruh pakai juga, kena tebuk kat perut la... hehehe...

Yang sorang lagi tu.. baju tertinggal rumah Pak Long, yang sorang lagi, tak muat juga kot... lepas tu cakap tak baca pengumuman kat papan kenyataan... ye ke Cikgu Nazam???? Dah tu ada juga la keganjilannya. hehe... biasalah Cikgu Mad. Tak palah, kami (tak termasuk Cikgu Nazam)pakai baju macam mana pun kami tetap cun dan berseri... hehehe.... Kalau kami tak ada, gambar Cikgu Ahmad mesti tak cantik. :-)

Bergambar bersama murid Tahun 1 2009... kelas yang paling meriah dan membebankan jiwa guru-guru yang mengajar... terutama guru Bahasa Inggeris ni. :-(

Kalau bab posing, kami memang juara, terutama yang tudung biru tu, semua gambar kena ada muka kami... baru berseri... hehehe betul tak cikgu mad :-)

3 orang guru yang palinnnng cun kat SK2PJ hehehe... Yang kat belakang 3 orang tu pun sibuk nak enterframe juga... eeeee...

eh... lupa nak ucapkan terima kasih pada Cikgu Dina, Cikgu Miza, Cikgu Yus dan Cikgu Aisah yang buat 'open school' kat sekolah hari ni. Semua makanan best-best, kenyang perut kami kat sekolah hari ni. Ada sate, Nasi Dagang dan Laksa Kuala Perlis (dari Kelana Jaya sebenarnya...hehehe...) Terima kasih ya.

21 October 2009

Sayu ja hati hari ni

Hari ni balik awal dari sekolah, nak hantar kakak ke Kelana Jaya, dia akan ke Mekah tahun ni. Flight pukul 7.30 pm jap lagi.. sedih hati kena tinggal. Mengalir juga air mata waktu salam dengan kak. Ntah kenapa rasa sedih ja. Teringat sepatutnya diri ini pun turut serta tahun ini bersama kakak sorang lagi tu. Tetapi atas sebab mengandung, terpaksa ditangguhkan. Tak apalah, ini pun rezeki juga Allah bagi. Alhamdulillah.

Kesian kak kat kampung tu, terpaksa menumpang mahram orang lain. Sebab kak yang pergi hari ni pergi kerana tugas, dihantar oleh Kementerian Kesihatan. Sebab tu pergi awal. Seronok juga jadi doktor ni. Tak ada ke kementerian Pendidikan nak hantar cikgu pi bertugas kat Mekah? hehehe.. tapi nak mengajar apa ya?

"Labbaik Allahumma Labbaik...." Sayu ja dengar laungan talbiyah haji kat Kompleks Tabung Haji kat Kelana Jaya ni. Lagi kuat mengalir air mata... sedihnya.... Rasa nak menyorok dalam beg sapa-sapa nak tumpang pi juga. Tapi sabar... Insyaallah, panjang umur boleh pergi lagi.

Sedih dan sayu ja tengok pak cik-pak cik dan mak cik-mak cik yang dah tua dan uzur masih bersemangat untuk menunaikan Rukun Islam yang ke-5 ini. Syukur dapat juga mereka pergi walaupun dalam usia yang telah senja. Semoga mereka dapat menguatkan semangat dan dapat menunaikan haji dengan sempurna dan mendapat haji mabrur, aminnn...

Bila tengok mereka jalan, terbongkok-bongkok mengheret beg, baru terasa, waktu muda dan kuat ni lah sepatutnya kita berusaha untuk ke sana, menunaikan haji, bukan menunggu sehingga umur telah separuh abad. Jika ada duit dan berkemampuan, apa salahnya kita ke sana. Jika telah uzur dan sakit lutut, amat payah untuk berjalan apatah lagi untuk mengharungi lautan manusia yang berjuta di Mekah nanti.. Tapi bak kata orang, kalau tak sampai seru.. cakap pun tak guna kan...

Hari Ahad nanti sekali lagi kena ke sini, hantar kak lagi sorang. Sedih lagi... waaaaa.... asyik kena tinggal ja.

Saudara-mara yang datang menghantar keluarga yang ingin ke Mekah. Ramai sangat. Macam kat stesen bas PUTRA waktu nak balik raya.

Jemaah-jemaah haji KT 5 tengah beratur masuk untuk check-in sebelum naik bas ke KLIA kat lobi Bangunan Tabung Haji kat Kelana Jaya

p/s : Tunggulah... ada rezeki kalau tak tahun 2011, 2012 nak pi juga haji. Insyaallah.

Seronoknya mandi hujan

Puas dapat balik kampung, walaupun cuma 3 hari. Alhamdulillah, cuaca tak sepanas masa raya hari tu, tiap-tiap petang mendung dan hujan. Tak adalah ribut petir, cuma hujan biasa ja. Lagipun dah nak masuk musim menuai padi. Tu yang budak-budak tu suka mandi hujan. Sedap je tengok.

Teringin nak mandi hujan sama, tapi malu pulak kat jiran sebelah rumah. hehehe... Bestnya dok kampung. sapa yang tak ada kampung tentu kesian, tak rasa suasana macam mana dok kat kampung. Udara segar, tak ada asap kenderaan, bunyi bising. Pagi-pagi seronok ja dengar bunyi ayam berkokok, burung berkicau... cuaca sejuk. mmmm.... lambatnya cuti sekolah lagi.

Sapa yang pi Morib tu pun bukan best sangat, dapat panas ja... hehehe... balik kampung lagi best...

Hasif dengan kakak dan adiknya mandi hujan, mak sue nya pun teringin sama, cuma malu kat jiran sebelah ja... hehehe...


Si kecik ni kalau dapat mandi hujan, suka sangat la

13 October 2009

Bila nak bercuti lagi...

Bila nak bercuti lagi yaa... rasa dah penat sangat dah bekerja. Tahun ni rasa terkejar-kejar ja... rasa nak cuti sepuas-puasnya. Dapat cuti kat kampung pun tak pa lah. hehehe...

Nak pergi bercuti tempat lain, tak ada masa dah. Asyik sibuk memanjang. Kalah PM. Tahun ni rasa banyak sangat kerja kat sekolah. Nak pi bercuti pun tak sempat lagi. Kesian kat abang, dah berapa kali ajak pi Langkawi. Nak pi Hari Keluarga sekolah tak jadi pula, dari bulan ke bulan janji, tak tahu bila sampai ni. sabar ya bang, nanti kita pi. Kalau tak berdua, kita pi bertiga. hehehe... Cuma buat masa ni sibuk lagi, tambah-tambah dekat cuti sekolah, lagi banyak kerja.

Kat Pulau Perhentian bulan Jun. Pinjam anak orang bergambar kejap, waktu ni tengah pregnant sebulan lebih, tapi tak tahu pun.

12 October 2009

Cerita camping lagi...

Sambung lagi cerita camping kat Hulu Langat. Penat tak hilang lagi, mata rasa mengantuk tapi bila fikir kertas soalan tak siap lagi, buat -buat tak penat untuk menyudahkan kertas soalan. Terima kasih pd Cikgu Azlee yang bagi soalan dari Pulau Pinang tu, dapat guna untuk Tahun 6.

Alhamdulillah, siap dah soalan Tahun 6, Tinggal Tahun 5 dan Tahun 1 sahaja. Rehatlah kejap, nak tengok tv, takut tertido, so.. updatekanlah blog, nak isi gambar perkhemahan.Tak pa la Cikgu Mad, tak nak isi gambar saya kat blog tu, saya isi kat blog saya sendiri.. elehhh...

Tinggal berapa minggu ja lagi nak sekolah, habis exam ni bolehlah rehat kejap...rehat sepuasnya... oooo tak boleh.. kena fikirkan tempat untuk dinner pula... adoi... tak boleh rehat lagi...ada sapa-sapa nak cadangkan hotel mana yang supply makanan best untuk dinner dengan harga yang berpatutan, bolehlah bagi cadangan ya... penat nak fikir dan cari ni... budget tak besar sangat, tu yang susah. Kalau budget besar senanglah, boleh buat kat restoran berpusing kat KL Tower, hehehe... bila nak dinner kat situ dengan suami ni... abang tak nak belanja ke? hehehe...

mmm kena stop dululah, dah nak magrib, kena pi mandi.. sat lagi nak g dinner juga dengan abang, bukan kat restoran berpusing, tapi restoran kat Sri Gombak ja. Tu pun kalau buka... hehe...

AJK makanan sedang posing setelah penat sapu lantai dewan... waaa... jd tukang sapu...

Persembahan daripada murid-murid

Tarian poco-poco dari guru-guru SK2PJ sempena Malam Bakat Kreatif. Sporting la cikgu-cikgu kita... ewahhh.. Cikgu Siti tu....

11 October 2009

Penat tapi seronok

Murid mandi tenggelamlah, Cikgu mandi tak tenggelam. tenggelam bontot ja. hehehe.. dah semua montel-montel.. tak cukup air... Kesian kat cikgu tak sampai hasrat nak mandi, mandi setakat separuh badan ja. Tak pa ya, Cikgu Siti, Cikgu Yus, Cikgu Dina, Cikgu Aisyah, Cikgu Miza, nanti kita pi mandi kat Ulu Yam pula... air banyak. ...

Yang pakai baju kelabu bermisai kat belakang tu, suka merosakkan gambar orang... tak apa...

Kalau bab posing, kami memang juara, terutama yang tersengih kat belakang tu...

Balik berkhemah sampai rumah 2. 30 pm. tak larat sangat dah. Tu yang cabut awal, sorry ye En. Komandan... penat tak boleh nak cakap. blah awal tadi, tapi kami dah tolong kemas dah. Hehehe...

Balik2, terus lena. baju tak sempat buka. lena selena-lenanya. Solat pun mamai-mamai. Penat sebenarnya... kesian kat baby dalam perut ni, tak rehat. Umi dia berjalan ke sana sini, tak henti-henti. Walaupun penat, tapi seronok juga... terutama bila teringat kisah-kisah lucu dengan kwn2 semalam... mmmmm.... sorry ye Tie.. hehehe...

Bangun tido je, terus pi mandi, solat. Rasa segar badan. tapi bila teringat kertas soalan yang tak siap, demam balik.. hehehe... Kalau esok tak hantar lagi boleh tak Cik S/U Exam...
Tak boleh ?.... mmm tak tido malam la malam ni.....

Blah dulu la.. karang tak siap pula kertas soalan. Sayonara....

09 October 2009

Rindu nak balik kampung...

Tak lama lagi... musim haji nak tiba, rindunya pada tempat istimewa ini...

Rindu juga pada si kecik ini...

"Org kata, kalau nak tgk muka bini kita waktu tua, tgk muka mak dia... sejuk hati.. hehehe..."

Minggu ni tak boleh balik kampung lagi alahai rindunya... :-( mintak-mintak minggu depan boleh balik lah... cuti 3 hari kan.

Penatnya....

Esok nak kena pi khemah pula. Baju tak kemas lagi ni... Kalau tak pergi boleh ke En. Komandan dan En. Pengerusi? Orang lain boleh excuse... tak aci ni... ada ke orang excuse Tuan Pengerusi ????????? mmmmm...

Macam mana nak pi berkhemah, kertas soalan satu pun tak siap lagi.. Isnin dah kena hantar... SU peperiksaan kat sebelah dah jeling-jeling... Nampak gaya minggu ni kena terperuk depan komputer je la... Penatnya...

Tapi best juga pi camping kat luar, lama dah tak pi camping kat luar. Last tahun 2004, waktu mula-mula jejakkan kaki kat SK2PJ ni. Camping kat Ulu Yam. Dah 4 tahun asyik terperuk berkhemah kat sekolah, tak adventure langsung. Dapat pi kat luar best juga... ruginya sapa yang tak pi.

08 October 2009

Dah boleh merempit balik

Cikgu Sham gelar kami Three Stooges.... hehehe... yang mana satu paling tolol agaknya....

Leganya... besok dah boleh naik kereta merah ke sekolah... rindu nak merempit kat Lebuhraya Mahameru hehehe.... dah 3 hari turun naik tangga LRT dan naik teksi...

Dapat gaji hari ni, habis juga la 2 ratus lebih untuk kereta kesayanganku ni.. tapi tak pa... yang penting tak la penat naik turun tangga LRT tiap-tiap hari. Penattttt sangat....

Lupa nak cakap terima kasih kat Cik Siti dan Cik Dina yang tolong hantar kak ni ke stesen LRT waktu balik sekolah. Thank you. Love you.

06 October 2009

Alahai Keretaku sayang...

Nampaknya minggu ni... kereta merah ni betul-betul buat hal... mula dari pagi Isnin dengan tayar bocor... menyebabkan tuannya sampai sekolah pukul 8 lebih... Kemudian bila nak balik dia buat hal lagi... tak nak hidup.. puas dicuba... sampai tuan dia naik geram.. disepak-sepaknya tayar kereta.. padahal kereta tu bukan bernyawa... last-last sakit kaki sendiri... Bila ditolong oleh hero-hero yang ada kat SK(2)PJ tu... bolehlah balik rumah tu pun dah dekat pukul 5. Terima kasih kat Uncle Panay yang pinjamkan jumper ( betul ke tak ejaannya.. tak tau..hehe..). Juga kat Pak Cik Din. Tak lupa kat Pak Cik Ibrahim yang kadang-kadang jadi tukang tolong gelak... geram sungguh...

Ingatkan dah ok la... sebab hero-hero tu semua kata dah ok dah. tak da masalah dah... dengan yakin balik rumah. Tapi malangnya... pagi ni bila nak ke sekolah semula... Si Merah ni tak nak hidup lagi... puas cuba start... tapi tak nak juga... naik berpeluh dah tuan dia.. nasib baik bangun awal hari ni, last-last pi tunggu teksi sebab dah lambat untuk bertugas RMT. Habis la RM 18 buat tambang sampai PJ. Kereta merah punya pasal... Pagi besok dan lusa kena menapak lagi naik LRT ke sekolah sebab tak sempat nak pi tukar bateri sebab tuan dia sibuk....petang khamis mungkin baru sempat... tunggu gaji...hehehe... minggu ni kopak la duit untuk kereta merah ni nampaknya... asyik makan duit ja sekarang ni.... eeeeee.....

Terujanya guru-guru ini...

Penceramah untuk LDP 6 pada hari ini... orang yang mendorong guru-guru SK(2)PJ membina blog sendiri.

Tekunnya Cik Siti kita menulis di blognya...
Tukang komen blog orang....
LDP 6 - sesi 1 pada 06 Oktober 2009
Terujanya guru-guru SK(2) PJ sedang membina blog sendiri. Ada yang tak bangun-bangun dari kerusi dan ada yang jadi tukang memerhati... Ada yang jadi JU yang terlatih... Ada yang hanya duduk di kerusi dan jadi tukang komen blog-blog orang lain ... hehehe.. sapa makan cili dia terasa pedasnya... :)

09 July 2009

Hidup Perlu Pengorbanan

Gambar semasa Sambutan Hari Guru 2009

Menjadi guru bukannya mudah... banyak pengorbanan yang perlu dilakukan. Banyak hati yang perlu dijaga... banyak masa yang perlu dikorbankan termasuk masa untuk orang tersayang....