28 December 2009

Cutiiiiiii?????

Sibuk dengan mesy, tak ada masa nak 'berblog'. Cuti Krismas balik kg, saja balik bercuti sebelum lepas ni sibuk dengan hal-hal sekolah. Dah 2 minggu ulang-alik Nenasi hadir mesyuarat, kadang-kadang rasa mengalahkan PM lak, hehehe... Hari ni dan esok sepatutnya hadir sekolah jugak, buat persiapan mana yang patut, tapi hari ni nak pi JPN jap. Cubaan untuk kali terakhir. Kalau ada rezeki dapatlah tukar masuk pinggir bandar Kuantan. Kita kena usaha dan sabar, tu pesan sorang cikgu kat SK2PJ.


Sekolah dah nak buka, cuti panjang dah nak habis la... sedih pula. Seronok dok rumah, tak ada tekanan kerja. Bulan satu tak ada cuti rasanya, ada pun bulan 2 cuti raya Cina. Tapi hamba dah nak bercuti panjang, 2 bulan. hehehe... Seronok pun ada, takut pun ada.. Mintak-mintak semuanya selamat. Amin... Insyaallah, tahun 2010 ni boleh sambut Hari Ibu la. hehehe... Abang, jangan lupa nak hadiah Hari Ibu...

6 comments:

  1. selamat bertugas di ssekolah baru... kami dok sini nak try bule April plak.Perjuang baru nak bermula ...

    ReplyDelete
  2. awat nak pindah, doklah situ. sibuk ja dia nak pindah. hehehe

    ReplyDelete
  3. saya, mahadi, ros, ctperud dah hampir pasti nak blah... hahaha...

    ReplyDelete
  4. Lonjakan Saujana:bila tak ada murid dapat 5A, terus batalkan Anugerah Cemerlang Khas UPSR, tak nak bagi saguhati untuk yang dapat 4A, dan 3A... pada hal adakah 5A itu begitu penting? Itu hanyalah pencapaian individu. Orang tak nak ambil kira tentang peningkatan keseluruhan, tak nak ambil kira pencapaian sekolah adalah lebih baik daripada sekolah sebelah. Lah ni nak bermegah pulak dengan penilaian peningkatan di peringkat ppd. jauhlah sekali orang nak ingat apa yang cikgu2 tahun 6 ini dah buat...

    ReplyDelete
  5. memang pun. megah diri macam dia pulak yang bertungkus lumus dengan budak. tak ingat langsung nak ucap tahniah atau penghargaan untuk guru-guru tahun 6 yang korban masa dan tenaga ni. bila dapat nama, pandai nak canang kalau boleh seluruh petaling utama. nasib baik saya dah blah. tak ada nak sakit jiwa dok sana lagi.

    ReplyDelete