01 May 2010

Selamat Hari Ibu...

Pejam celik, pejam celik, kejap ja, dah dua bulan lebih rupanya Wafiq ni. Dah nak masuk 3 bulan dah. Penat juga jadi Ibu ni... huhuhu.... tambah-tambah sekolah pun banyak kerja sekarang, sian kat Wafiq, tiap-tiap hari Umi sampai rumah pukul 5, pukul 5 baru pergi ambik Wafiq, banyak masa dia duduk dengan mama dia ja ( pengasuh) . Tapi alhamdulillah lah, Wafiq dapat mama yang baik, kadang-kadang uminya tak sempat nak cuci telinga dan potong kuku, mama dia yang buatkan. Mmmm... terkilan juga, tak boleh nak jaga Wafiq sepanjang masa, nak buat macam mana, tuntutan kerja.

Balik rumah pun kadang-kadang tak sempat sangat nak main dengan Wafiq, kadang-kadang dia tido, kalau dia tak tido ja dapat main dengan dia. Sian dia, lambatnya cuti sekolah. Boleh pi bercuti dengan Wafiq, dia pun dah pandai tengok orang, dah pandai senyum bila orang agah, dah pandai tengok tv, asmaul husna tu paling dia suka dengar. kalau tgh nangis pun, dgr asmaul husna terus senyap.

Tak lama lagi nak sambut Hari Ibu, mmm.. 1st time sambut Hari Ibu, bila diri sendiri jadi Ibu, Tahun-tahun sebelum ni, cakap kat mak ja, Selamat Hari Ibu, tahun ni ada ke orang nak ucap Selamat Hari Ibu ni, hehehe...

p/s : Abang jangan lupa Hadiah Hari Ibu ek... tak bagi hadiah, dapat pi bercuti kat mana-mana pun tak pa. hehe...







04 April 2010

Guru jadi mangsa kerenah Pentadbiran???

Isy... tajuk kali ni ilmiah sikit. Saya terpanggil untuk berkongsi apa yang saya baca dalam Berita Minggu pada hari ni, 4hb April 2010. Artikel bertajuk seperti di atas ditulis oleh Saudara Azhar Abu Samah. Apa yang ditulis oleh beliau bagai suara hati semua warga pendidik yang tak terluah sahaja. Saya cuba tuliskan kembali apa yang beliau telah rencanakan dalam artikel tersebut. Bukan keseluruhanya, cuma yang penting sahaja.

Pasti ramai tertanya-tanya kenapa semakin banyak masalah berkaitan guru timbul sejak kebelakangan ini. Masalah berbangkit ini sebenarnya isu lama yang tidak diselesaikan sejak dulu, sebaliknya ia 'dibiarkan tergantung' supaya isu itu akan lenyap mengikut masa.

... masalah di sekolah, bukan setakat kurang kemudahan atau bangunan rosak, sebaliknya beban kerja warga pendidik yang terpaksa melakukan kerja berlebihan termasuk pentadbiran dan perkeranian hingga mengganggu tanggungjawab mendidik.

... Guru menanggung beban kerja berganda akibat wujudnya 'arahan dalam arahan' apabila mereka terpaksa melakukan tugasan dalam skop sama berulang kali atas arahan pihak atasan pada peringkat berbeza.

... Selain mematuhi pekeliling, ketelusan perlu ada dalam isu tertentu, khususnya membabitkan guru / pegawai jabatan tidak dibenarkan membuat tuntutan perbatuan atau perjalanan.Sehingga kini tiada pekeliling mengenai larangan ini, sebaliknya ia hanya dicanangkan ketua kerani di sekolah.

Sukar untuk percaya, tapi itulah hakikatnya apabila guru dan pengetua menghadiri mesyuarat atau berkursus dijamu nasi atau kuih dibungkus dalam plastik bersama air mineral yang harganya tidak melebihi RM 4, selain dipesan ketua kerani supaya tidak membuat tuntutan perjalanan, sedangkan ada kakitangan awam lain menerima pelarasan gaji dan tunggakan elaun.

( Azhar Abu Samah, Berita Minggu - 4hb April 2010 )


Beginilah nasib kita sebagai guru, bila akan terbela. Diharapkan apabila Tan Sri Muhyiddin mengumumkan penubuhan jawatankusa khas untuk menyiasat masalah ini, kita tidak akan terbeban lagi. Macam mana kita nak ikhlas bekerja kalau dah terbeban dengan segala macam kerja.

Bak kata seorang kawan dalam blognya, "ikhlaskan hati dalam semua pekerjaan". Memang kita ikhlas mengajar, membuat kerja-kerja yang kadang-kadang tak sepatutnya seorang guru buat, tetapi kalau dah terbeban banyak sangat, sedikit sebanyak hati merungut dan memberontak juga, mana pergi lagi ikhlas kita, dan saya rasa tukang tulis moto tu pun tak terkecuali. hahaha...

16 March 2010

Setelah Sebulan

Yea... umur saya dah sebulan...



Wafiq pakai bedak sejuk. hehe...

Ini gambar terbaru Muhammad Wafiq setelah berumur sebulan. Dari berat 2.9kg, sekarang berat dia dah 3.7 kg. Penat jugalah nak dukung dia ni. Kalau riba lama-lama mau kebas juga kaki tangan. Sekejap ja rasa masa berlalu, pejam celik pejam celik dah sebulan dah rupa nya umur Wafiq. Tak sabar nak tunggu dia besar. Boleh bawa pi jalan-jalan. Hehehe..... mmmm rindu nak jalan-jalan dengan Mak Iti kat Jalan Tar. :-(

Ahad ni Wafiq dah nak balik Pekan. Jadi orang Pekan la lepas ni Wafiq. Minggu depan Wafiq ada appointment kat Hospital Kuantan. Kena pergi awal. Tak apalah, nak jenguk-jenguk dan berkenalan juga dengan bakal pengasuh Wafiq kat sana. Tak kenal pun lagi.

Tapi sedih juga nak balik Pekan ni. Dah lama sangat dok kg. Seronok pula. Kalau dapat ngajar kat Kelantan kan best. Tak ada yang lebih bahagia daripada mengajar kat negeri sendiri. Bak kata orang, "Hujan emas di negeri orang, Hujan batu di negeri sendiri". :-(

Satu masalah lagi ni, nenek Wafiq ni mesti sedih punya nak bawa Wafiq pergi. Sejak Wafiq lahir, nenek dia ni jadi bodyguard yang utama, sepupu-sepupu Wafiq yang lain tak boleh dekat, sure kena marah punya. Masalah juga.


21 February 2010

Selamat Pengantin Baru - Emi Sabrina & Erman

Baru dapat post gambar yang dah lama. Selamat Pengantin Baru untuk mak cik Wafiq yang kahwin pada 15 hb Februari 2010. Sorrylah baru dapat ucap, nak buat macam mana, masa diaorang kawin, Wafiq dan uminya masih lagi kat hospital. Gambar ni pun abah Wafiq yang tolong ambilkan. Cameraman tak profesional, banyak gambar yang tak jadi. hehe...



Pose biasa dari jurugambar yang sama

Pengantin dalam persalinan hitam bersulam emas

Pelamin cantik, tapi nampak berserabut sikit

Selepas Majlis Akad Nikah

Masa Majlis Akad Nikah di Masjid

19 February 2010

Selamat Hari Jadi Abang - 13 Februari 2010 -

Selamat Hari Jadi untuk abah Wafiq yang ke 36. Semoga abang dipanjangkan umur, murah rezeki dan bahagia selalu. Semoga jodoh kita kekal dan bahagia selamanya. Semoga abang akan jadi ayah yang baik untuk Wafiq.

Wafiq tu kira hadiah harijadi abang la ye untuk tahun ini. Hehehe.... Mahal tu.

Kenangan masa dinner kat Restoran Brisik last year.

Muhammad Wafiq Ifwat bin Rasnifahmy

Seperti yang telah dijanjikan, inilah post terbaru. Permata hati yang pertama. Lahir jam 2.15 petang pada 11 hb Februari 2010, beza satu hari dengan tarikh birthday abahnya, 13 februari. ingatkan keluar 13 februari dah. Muhammad Wafiq Ifwat keluar 2 minggu lebih awal dari tarikh jangkaannya 25 februari.

Masih terbayang lagi macam mana rasanya dok dalam labour room, setelah berlapar dahaga selama 12 jam akibat kesilapan kiraan nurse yang bertugas, Wafiq terpaksa dilahirkan melalui pembedahan. Uminya dah tak larat, takut terjadi apa-apa pada Wafiq, Uminya terpaksa tandatangan borang pembedahan. Biarlah sakit lebih, asal Wafiq selamat.

Namun dugaan tu tetap ada, 3 hari jadi ibu, dah terpaksa tahan sakit jaga Wafiq kat hospital kerana demam kuning. Walaupun sakit operate tak hilang lagi, tahan sahaja menjaga Wafiq kerana dia menyusu dada. Mengalir air mata tengok Wafiq dicucuk wayar sana sini, biru tangan diambil darah oleh Dr yang kadang-kadang mencabar kesabaran Uminya. Tapi sebab nak bagi dia sihat, tahan saja. Terbayang kesusahan dan kesedihan ibu bapa yang anak jauh lebih teruk, agaknya dah puas mereka menangis tengok keadaan anak sendiri, betullah orang kata, berat mata kita memandang, berat lagi bahu yang memikul. Baru terasa macam mana sedihnya bila anak sendiri sakit, padahal cuma demam kuning sahaja.

Lega hati bila Wafiq dapat balik rumah. Boleh cuba cara tradisional nak bagi reda demam kuning. agak susah juga nak turun suhu dia, sebab Wafiq ni suka tidur, tak tahu la ikut siapa, Uminya ke, abahnya ke atau mak Cik Sitinya... hehehe.... Hidung kepek ikut Mak Cik Siti kot... hehehe...



Lega bila dah balik rumah, kesian tengok dia dalam wad kena cucuk sana sini


p/s: Tertanya-tanya, orang kat PJ tu dapat anak lelaki ke perempuan

07 February 2010

Lamanya tak menulis....

Assalamualaikum semua... lamanya tak menulis kat blog. Dok Pekan tak ada masa nak buka internet, asyik server down ja, jadi malas. Malas nak menunggu lama, tido lagi baik. hehehe...

Apa khabar semua kawan-kawan kat PJ? Dengar cerita sibuk awal-awal tahun. Siannya.... sabar ya Tie...

Saya dah pun start cuti. Dah sampai kampung dah pun. Awal seminggu dari orang lain. Jangan jealous ya Cikgu Mad. hehe... Best betul dapat balik Kg ni. Tapi rindu pula nak merempit kat jalan raya pagi-pagi... bekas minah rempit nak buat macam mana kan. Lagipun rindu kat kereta merah yang ditinggalkan kat Pekan tu. Mintak-mintak orang yang diamanahkan jaga tu dapat jaga baik-baik selama dua bulan ni.

Ok lah.. tak ada cerita lagi nak post. Tunggulah dua tiga hari lagi, kalau orang kat dalam ni keluar dapatlah post cerita terbaru, hehehe...

p/s: Selamat Pengantin Baru untuk bakal pengantin minggu depan, 15 Februari 2010 - Emi Sabrina dan Erman. Kalau orang dalam ni keluar minggu depan, tak dapatlah Kak Ni tolong kenduri, sory ya semua.... Kalau tak keluar pun, Kak Ni tolong tengok ja... hehe... tak larat dah wei.