Seperti yang telah dijanjikan, inilah post terbaru. Permata hati yang pertama. Lahir jam 2.15 petang pada 11 hb Februari 2010, beza satu hari dengan tarikh birthday abahnya, 13 februari. ingatkan keluar 13 februari dah. Muhammad Wafiq Ifwat keluar 2 minggu lebih awal dari tarikh jangkaannya 25 februari.
Masih terbayang lagi macam mana rasanya dok dalam labour room, setelah berlapar dahaga selama 12 jam akibat kesilapan kiraan nurse yang bertugas, Wafiq terpaksa dilahirkan melalui pembedahan. Uminya dah tak larat, takut terjadi apa-apa pada Wafiq, Uminya terpaksa tandatangan borang pembedahan. Biarlah sakit lebih, asal Wafiq selamat.
Namun dugaan tu tetap ada, 3 hari jadi ibu, dah terpaksa tahan sakit jaga Wafiq kat hospital kerana demam kuning. Walaupun sakit operate tak hilang lagi, tahan sahaja menjaga Wafiq kerana dia menyusu dada. Mengalir air mata tengok Wafiq dicucuk wayar sana sini, biru tangan diambil darah oleh Dr yang kadang-kadang mencabar kesabaran Uminya. Tapi sebab nak bagi dia sihat, tahan saja. Terbayang kesusahan dan kesedihan ibu bapa yang anak jauh lebih teruk, agaknya dah puas mereka menangis tengok keadaan anak sendiri, betullah orang kata, berat mata kita memandang, berat lagi bahu yang memikul. Baru terasa macam mana sedihnya bila anak sendiri sakit, padahal cuma demam kuning sahaja.
Lega hati bila Wafiq dapat balik rumah. Boleh cuba cara tradisional nak bagi reda demam kuning. agak susah juga nak turun suhu dia, sebab Wafiq ni suka tidur, tak tahu la ikut siapa, Uminya ke, abahnya ke atau mak Cik Sitinya... hehehe.... Hidung kepek ikut Mak Cik Siti kot... hehehe...


Lega bila dah balik rumah, kesian tengok dia dalam wad kena cucuk sana sini
p/s: Tertanya-tanya, orang kat PJ tu dapat anak lelaki ke perempuan